Eskayvie Diffenz Junior
RM60.00 – RM100.00
- 1 Botol Diffenz Junior Mengandungi 60 Tablet
- 1 Botol Untuk Kegunaan 30 Hari
Beli Dari Web Ini,Dan Anda Akan Menerima 8 Bonus PERCUMA !
Anda Juga Boleh Membeli Secara COD.Hanya Pilih Option COD Di Ruangan Checkout Nanti.
Pembelian Sebelum 12 PM Akan Dihantar Pada Hari Yang Sama
pilih pembelian anda disini
Pembayaran Yang Lebih Selamat

Diffenz Junior
Gabungan 21 bahan antioksidan tinggi ini akan membantu anak-anak membina sistem tubuh yang lebih kuat dalam melawan pelbagai penyakit serta menyokong tumbesaran yang optimum.

ada tak, anak ibu dan ayah termasuk dalam kategori dibawah?
01. Memilih dalam bab makanan
Tak suka makan sayur,tak suka makan ikan, tak suka minum susu, tak nak makan buah-buahan dan macam-macam lagi tak suka makan. Sangat memilih bila bab makan.Tapi bila ajak makan fast food laju je mereka.Mcdonald nak,Kfc nak.Suruh makan sayur, sampai kena paksa.
Mesti anda sebagai ibu atau bapa runsing kan…
Kerana anak-anak yang memilih makan ini akan terdedah kepada kesan dibawah :
- Masalah pencernaan
- Mudah terdedah kepada penyakit
- Sistem imun jadi lemah
- Akan berisiko kurang nutrisi seperti vitamin E, vitamin C, folat dan serat.

02.Sering sakit, demam dan selesema
Jika anak-anak ibu atau ayah sekalian seringkali demam dan selesema, ini menunjukkan bahawa anak-anak anda memiliki sistem imun tubuh yang rendah, jadi tubuh mereka mudah dihidapi penyakit.Disamping itu, ianya menunjukkan yang anak-anak anda tidak menerima nutrient yang secukupnya bagi perkembangan tubuh mereka.

03.Anak kurang aktif.jarang bermain di luar.banyak main game dan menghadap smartphone
Kanak-kanak yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti luar dan hanya terperap di rumah menjadi punca kepada lemahnya sistem imun tubuh mereka. Selain itu, jangan main-main jika anak-anak kurang aktif melakukan aktiviti fizikal, kerena mereka juga terdedah dengan serangan obesiti serta tekanan darah tinggi. Ingat orang besar je boleh kena?

04.Anak cepat berasa letih
Pernah perasan tak, anak-anak anda cepat sangat letih? buat kerja rumah sedikit dah letih,berlari sekejap dah penat.Kanak-kanak yang mudah dan cepat letih menjadi petanda bahawa system imun mereka lemah. Kerana saat imun melemah, energi pada kanak-kanak turut terganggu.

05.Anak-anak sering sahaja mengalami gejala-gejala berikut ?
- Ruam
- Gatal-gatal
- Eczema
- Alergi
- asma
- Bersin
- Hidung berair
- Mata merah
- Mata berair
Ini menunjukkan anak-anak anda mengalami masalah hipersensitiviti, kesan akibat system imun badan yang terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan.

jika anak-anak ibu dan ayah termasuk dalam salah satu diatas, jangan terus dibiarkan.kerana ada “something wrong” dengan mereka.
setiap ibu dan ayah mesti mahukan anak mereka :
- Anak-anak mendapat khasiat yang seimbang dan lengkap
- Anak-anak sentiasa cergas dan bertenaga
- Anak-anak tidak mudah terkena jangkitan penyakit
- Anak-anak memiliki paru-paru yang bersih dan kuat
- Anak-anak memiliki sistem imun tubuh yang kuat
- jika sakit,akan cepat segera sembuh

Perkenalkan..
Diffenz Junior
Tablet kunyah berperisa oren gabungan dari 21 bahan berantioksidan tinggi yang diperkaya dengan cendawan susu harimau dan buah camu-camu serta diperkuat dengan multivitamin dan kolostrum.
Diffenz junior menjadi solusi untuk anak ibu dan ayah sekalian membina system tubuh badan yang lebih kuat dan menyokong tumbesaran tubuh yang lebih sihat dari kebaikan-kebaikan gabungan bahan diatas.


Diffenz Junior Diformulasikan oleh doktor perubatan

Dengarkan Perkongsian Oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri mengenai eskayvie diffenz junior
siapa yang memerlukan diffenz junior ?






Khasiat Diffenz Junior
Kebaikan diffenz junior untuk anak ibu dan ayah sekalian.
Diffenz junior akan membantu anak-anak anda untuk :

Meningkatkan sistem imun badan

Menyokong tumbesaran yang sihat

Melegakan batuk kronik, resdung, ekzema, asma,alahan dan selesema

Menyokong kesihatan paru paru

Melindungi daripada jangkitan kuman

Melengkapkan keperluan nutrisi

Menyokong kesihatan tulang dan otot

Menguatkan gigi dan gusi

Menyokong kesihatan mata

Mempercepatkan proses penyembuhan luka

Memenuhi keperluan Vitamin D yang tidak dapat dipenuhi oleh pengambilan makanan semata mata,kerana makanan hanya menyumbang sebanyak 10% sahaja dari keperluan harian

Meningkatkan penyerapan zat besi dan bagus untuk kanak kanak yang mempunyai masalah anemia
Bayangkan, dengan pengambilan Eskayvie Diffenz Junior, anak ayah dan ibu akan semakin sihat, semakin kuat dan tinggi keupayaan mereka melawan penyakit dan semakin cergas.
Kandungan Diffenz Junior
Bahan-bahan yang digabungkan bersama ini, menjadi perlindungan terbaik untuk anak anda.
01. Cendawan Susu Harimau
Diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini serta mahal harganya. Cerita daripada orang orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh pada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.

Manfaat Cendawan Susu Harimau
- Merangsang sistem imun badan ( disebabkan ia mempunyai sifat antioksidan, anti radang, anti asma dan anti bakteria)
- Membantu membuka saluran pernafasan dengan baik
- Menghasilkan lendir yang sihat untuk mengeluarkan bakteria dan virus yang berada pada saluran pernafasan
- Meningkatkan penghasilan antibodi dan meningkatkan respon sistem pertahanan badan untuk melawan bakteria dan virus dengan lebih efektif
02. Buah Camu Camu
Mengandungi 30-60 kali ganda Vitamin C berbanding buah oren.Kandungan Vitamin C di dalam buah camu camu juga merupakan Vitamin C yang mudah diserap oleh badan dan mempunyai kadar penyerapan Vitamin C yang paling tinggi berbanding buah buahan yang lain.

Manfaat Buah Camu Camu
- Mengandungi antioksidan dan mineral yang membantu menguatkan lagi sistem imun badan seperti :
- Polyphenols , carotenoids,flavonoids , anthocyanin,acid gallic dan acid ellagic.
- Zink, magnesium,kalsium, kalium dan kuprum.
- Mengurangkan keradangan
- Menguatkan sistem imun badan.
- Mempunyai kapasiti antioksidan yang tinggi.
03.Kolostrum
Kolostrum juga dikenali sebagai “susu pertama”,pertama”,“cecair emas” atau “susu imun” yang dihasilkan oleh kelenjar susu ibu selepas hari pertama kelahiran bayi.Ia dihasilkan dalam jumlah yang sangat kecil untuk empat hari pertama. Dalam Diffenz Junior, sumber kolostrum adalah daripada lembu atau dikenali sebagai bovine colostrum.

Manfaat Kolostrum
- Kaya dengan nutrisi
Kolostrum kaya dengan makronutrisi seperti karbohidrat, protein dan lemak serta vitamin dan mineral.Kebanyakan khasiat susu kolostrum ini disebabkan oleh kandungan nutrisi di dalamnya seperti :
- Laktoferin : Protein yang terlibat dalam tindak balas sistem imun badan terhadap jangkitan kuman termasuklah jangkitan bakteria dan virus.
- Faktor pertumbuhan : Ia merupakan sejenis hormon yang merangsang tumbesaran tubuh si manja.Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi.
- Antibodi : Antibodi adalah protein, turut dikenali sebagai immunoglobulin Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi dalam tubuh manusia.Ia digunakan dalam sistem pertahanan badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan benda benda asing yang masuk ke dalam badan seperti bakteria dan virus.Bovine colostrum kaya dengan antibodi seperti IgA, IgG dan IgM .
- Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan
- Kolostrum membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh badan anak anak disebabkan oleh ia mengandungi sumber antibodi yang tinggi seperti IgA dan IgG
- Mengelakkan Masalah Cirit Birit
- Sebatian yang terkandung dalam kolostrum, terutamanya laktoferin dan antibodi, memainkan peranan dalam mencegah masalah pencernaan yang berkaitan dengan jangkitan bakteria mahupun virus seperti cirit birit.Ia juga baik dalam mencegah sembelit.
- menyokong kesihatan usus
- Kajian menunjukkan bovine colostrum dapat merangsang pertumbuhan sel sel usus, menguatkan dinding usus dan mengelakkan kebolehtelapan iaitu keadaan yang menyebabkan benda benda asing masuk ke dalam badan melalui usus.
- melindungi daripada jangkitan
- Kolostrum membantu melindungi daripada jangkitan.Kajian menunjukkan pengambilan bovine colostrum selama 8 minggu mengurangkan episod jangkitan influenza.
- Kandungan antibodi yang tinggi dalam kolostrum dikatakan mampu merawat dan/atau melindungi daripada jangkitan disebabkan oleh spesis Cryptosporidium Shigella, Escherichia coli dan Clostridium difficile.
04.Multivitamin & Multimineral
Multivitamin adalah suplemen yang mengandungi gabungan vitamin dan mineral tertentu.Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum.

Manfaat multivitamin
- Menyokong penglihatan dan perkembangan minda
- Merangsang sistem imun badan
- Membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak kanak
- Membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf dan pencernaan
- Melindungi diri daripada jangkitan kuman
05.Vitamin C
Kekurangan Vitamin C mendedahkan anak anak anda kepada masalah masalah seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

Manfaat Vitamin C
- Menguatkan sistem imun badan
- Melindungi daripada jangkitan kuman
- Membantu penyembuhan luka
- Menyokong kesihatan gigi dan gusi
- Meningkatkan penyerapan zat besi
06.Vitamin D
Vitamin D mempunyai kesan anti mikrob dan anti radang.Ia juga didapati mampu meningkatkan sistem imun semula jadi dan merangsang respon sistem imun adaptif.Perkara ini membantu melindungi daripada jangkitan SARs Cov 2 (Covid 19 )

Manfaat Vitamin D
- Menyokong kesihatan tulang dan otot
- Mengurangkan risiko penyakit riket, auto imun, jangkitan kuman dan alergi
- Mengoptimakan sistem imun badan
- Merangsang penyerapan kalsium untuk pembentukan tulang
Sudah lihat semua bahan dan kandungan yang terdapat didalamDiffenz Junior ? Hebat Bukan.Bukan main-main bahan-bahan yang digunakan.
Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz Junior mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan menyokong tumbesaran yang sihat anak anda.


Manfaat diffenz junior untuk anak anda
Ini manfaat yang akan anak ibu dan ayah perolehi jika mengamalkan Diffenz Junior secara konsisten.
- Meningkatkan sistem imun badan
- Menyokong tumbesaran yang sihat
- Melegakan batuk kronik, resdung, ekzema, asma, alahan dan selesema
- Menyokong kesihatan paru paru
- Melindungi daripada jangkitan kuman
- Memenuhi keperluan Vitamin D yang tidak dapat dipenuhi oleh pengambilan makanan semata mata, kerana makanan hanya menyumbang sebanyak 10 sahaja dari keperluan harian
- Melengkapkan keperluan nutrisi
- Menyokong kesihatan tulang dan otot
- Menguatkan gigi dan gusi
- Menyokong kesihatan mata
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka
- Melindungi daripada jangkitan kuman
- Meningkatkan penyerapan zat besi dan bagus untuk kanak kanak yang mempunyai masalah anemia
Dah Ready Untuk Dapatkan diffenz junior untuk anak anda ?
anda sangat bertuah jika anda beli diffenz junior melalui website ini ! jika anda dapatkan Diffenz Junior melalui website ini, kami akan beri 8 bonus PERCUMA

BONUS 1
Ebook Vitamin Percuma Yang Dilupakan

BONUS 2
Ebook Vitamin C & Buah Pinggang

BONUS 3
Ebook 10 Resepi Keto Yang Mudah & Sedap

BONUS 4
Ebook Kebas & Masalah Sendi

BONUS 5
8 Tips Mudah Turunkan Darah Tinggi

BONUS 6
Diet Keto, Khas Untuk Beginners

BONUS 7
Makan Nasi Maintain Kurus

BONUS 8
11 Sebab Gula Melambung
Frequently Ask Question
Hanya kunyah 1-2 tablet, dua kali sehari selepas makan bergantung pada berat atau umur. Sila rujuk jadual Cara Pengambilan untuk dos yang disarankan.
Kanak-kanak yang berusia kurang dari 2 tahun tidak digalakkan mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi ini melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup.
Boleh, tiada masalah. Jarakkan pengambilan Diffenz Junior 30 minit dengan pengambilan ubat-ubatan.
Kolostrum merupakan susu awal yang kaya dengan peptida dan tidak mengandungi laktosa. Jadi, tiada masalah bagi kanak-kanak yang mengalami intoleransi laktosa mengambil Diffenz Junior.
Hanya simpan di suhu bilik dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Diffenz Junior untuk mengelakkan ia teroksidasi.
Ya. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (BKKM).
Secara amnya, semua boleh ambil. Namun, bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit-penyakit khusus seperti menjalani dialisis, thalassemia major dan hemochromatosis sebaiknya mendapatkan nasihat daripada Doktor yang merawat terlebih dahulu untuk penyesuaian. Bagi kanak-kanak ini, pengambilan vitamin C pada dos yang rendah boleh membantu mengurangkan stres oksidatif yang dialami.
Alergi cendawan ini mungkin hanya pada sesetengah spesis cendawan sahaja. Disyorkan untuk mengenal pasti jenis cendawan yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Diffenz Junior hanya menggunakan ekstrak Cendawan Susu Harimau. Jadi, tiada masalah untuk mencuba mengambil Diffenz Junior selama beberapa hari. Seandainya kesan- kesan alergi muncul sebaik sahaja ambil Diffenz Junior, boleh hentikan penggunaannya.
Ia tidak mengandungi gula tambahan. Kandungan gula dalam 1 tablet Diffenz Junior datang daripada sumber semula jadi iaitu buah oren. Jangan risau dan kerana kandungan gula ini sangat sedikit dan kurang dari keperluan seharian. Anda hanya perlu bercakap 3-5 minit untuk membakar kalori ini.
Diffenz Junior lebih fokus khusus untuk menguatkan sistem imun, tumbesaran yang sihat, bronchiolitis, asma, resdung dan alergi.
Boleh. Vitamin C amat penting untuk pesakit ini sebab Vitamin C diperlukan untuk metabolisma zat besi dan pembentukan sel darah merah baru. Kandungan vitamin C dalam Buah Camu-Camu yang terdapat dalam Diffenz Junior mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding vitamin C lain. Ini disebabkan oleh gabungan bahan fenolik dalam buah camu-camu dan ini boleh meningkatkan penyerapan vitamin C di dalam badan. Bagi golongan ini, sangat disarankan untuk mengambil vitamin C kerana ia dapat melindungi dari pengoksidaan sel darah merah.
Eskayvie tidak menyatakan dos bahan-bahan di dalam Diffenz Junior kerana ia melibatkan formulasi serta bagi memelihara hak cipta Eskayvie. Namun, jangan risau kerana Diffenz Junior mematuhi setiap garis panduan dan piawaian penggunaan bahan aktif yang ditetapkan dan telah mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
PENAFIAN: Diffenz Junior merupakan suplemen bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia mungkin menunjukkan kesan dan tempoh yang berbeza mengikut keserasian individu tersebut.