Eskayvie Diffenz Junior – Pakej Single 1 Botol

RM60.00

Pakej Ini Mengandungi 1 Botol Eskayvie Diffenz Junior. 1 Botol Mengandungi 60 Tablet

Pastikan Anak-anak Kita Dilindungi Dari Penyakit-penyakit Ini. Tingkatkan Imun Diri,mereka Jangan Tunggu Hingga Ia Datang Menyerang.Diffenz Junior -Vitamin C & D dalam satu tablet, diperkaya dengan buah Superfood dan Cendawan Susu Harimau.

Pembelian Lebih Mudah

  • Done Kepuasan Dijamin
  • Done Boleh COD
  • Done Pembayaran Lebih Selamat
GUARANTEED SAFE CHECKOUT
  • MasterCard
  • cimb
  • fpx
  • maybank

 


Eskayvie Diffenz Junior

Suplemen Untuk Menyokong Imun Dan Tumbesaran Kanak – Kanak

Saya Sarankan Anda Untuk Membaca Versi Penuh Mengenai Eskayvie Diffenz Junior Dengan Klik Pada Button Dibawah.

button 1

Diffenz Junior merupakan Tablet kunyahan perisa oren dan straberry yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,”.

Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

DIFFENZ JUNIOR 3

manfaat diffenz junior 3


 

Adakah Anak-Anak Ibu Dan Ayah Seperti Di Bawah?

  • Mengalami masalah pernafasan
  • Asma dan semput
  • Resdung
  • Sering batuk waktu malam
  • Nafas berbunyi
  • Mudah jatuh sakit
  • Sentiasa Ada Kahak dan selsema

Jangan dibiarkan.Jom ibu dan ayah sekalian,kita sama-sama membina anak-anak yang lebih kuat sistem imun tubuh mereka agar tubuh mereka lebih kuat dalam melawan sebarang penyakit.Lagi-lagi di era hari ini, semakin banyak penyakit berjangkit.Jom Ikhtiar dengan Diffenz Junior.

photo 2022 05 30 11 18 34

photo 2022 06 09 09 31 44


 

Manfaat Eskayvie Diffenz Junior

 

manfaat diffenz junior 3

manfaat diffenz junior

  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Menyokong tumbesaran yang sihat
  • Menyokong kesihatan paru-paru
  • Melindungi dari jangkitan kuman
  • Melengkapkan keperluan nutrisi
  • Menyokong kesihatan tulang dan otot
  • Menguatkan gigi dan gusi
  • Menyokong kesihatan mata
  • Membantu penyembuhan luka
  • Memberikan tenaga

 


 

Bahan-bahan Utama Dalam Eskayvie Diffenz Junior

 

1. Cendawan Susu Harimau

cendawan susu harimau

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.

Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni tidak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi.. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan.


Kebaikan Cendawan Susu Harimau:
  • Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
  • Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
  • Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
  • Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
  • Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

 

2. Multivitamin dan mineral

multivitamin

Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).

Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater.


 

Kebaikan Multivitamin dan mineral:

– melengkapkan keperluan nutrisi
– menyokong penglihatan
– merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
– melindungi diri daripada jangkitan
– membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
– membantu dalam penghasilan tenaga dan memelihara kesihatan sistem saraf


 

3. Kolostrum

 

kolostrum

Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum.

Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak.


 

Kelebihan Kolostrum:

 

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

– meningkatkan sistem imun badan
– melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
– kesan anti-mikrob dan anti-virus
– melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
– menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat


 

4. Buah Camu – Camu (Myrciaria Dubia)

buah camu camu

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD dan ianya merupakan antara salah satu bahan terbaik di dalam Diffenz Junior ini.
Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

 

Kebaikan Buah Camu-Camu:

– Menguatkan sistem imun
– Antioksidan dan anti-radang
– Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
– Menstabilkan tekanan darah tinggi
– Merangsang penghasilan kolagen
– Mengawal gula darah


 

5.Diffenz Junior Diperkaya Dengan Vitamin C dan vitamin D

Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang terdedah kepada risiko tidak cukup Vitamin C disebabkan keperluan yang semakin meningkat dan pengambilan yang lebih kurang daripada yang sepatutnya. Kajian di Perancis pula mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan.

 

Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan berisiko terdedah kepada jangkitan. Walaupun vitamin C mudah didapati kerana terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Bukan hanya itu, vitamin D juga penting untuk tumbesaran anak-anak. Vitamin D penting untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Apabila anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup. Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi. Bagaimanapun, vitamin D tidak semudah yang disangkakan kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar.

 


 

5. Vitamin C

vitamin c

Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada dalam makanan akan diserap ke dalam badan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh. Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

 


 

6. Vitamin D

vitamin d

Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.

Malah, ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.

Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi dan sebagainya.

Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D.

 

photo 2022 06 01 15 43 46


 

Banyak Kajian Yang Telah Membuktikan Bahan-bahan Di Dalam Diffenz Junior Mampu Membantu Meningkatkan Sistem Imun, Melindungi Daripada Jangkitan Penyakit Dan Menyokong Tumbesaran Yang Sihat Anak Anda.

WhatsApp Image 2021 10 24 at 12.22.18 PM 768x511 1